Setiap kali pergi ke pasar seawal pukul 7.00 pagi, saya mendapati barisan pelanggan di luar pejabat JPJ sudah panjang walaupun pintu pejabat masih tertutup rapat. Apabila balik dari pasar, saya mendapati barisan semakin panjang.
Sejak pandemik covid19 tidak ada lagi indiviru dibenarkan duduk dalam pejabat JPJ untuk menunggu giliran. Pelanggan kena tunggu di luar sehingga giliran mereka tiba. Semua pelanggan kena mematuhi norma baharu ini bagi mengekang penularan covid19.
Tahukan tuan-tuan bahawa kita boleh memperbaharui lesen memandu dan roadtax tanpa perlu datang ke kaunter JPJ? Sebelum adanya covid19, saya tidak pernah berkunjung ke kaunter jpj untuk memperbaharui cukai jalan. Semuanya saya lakukan hanya dari rumah sahaja. Penularan covid19 ini seharusnya semua orang tidak perlu ke kaunter jpj semata-mata ingin memperbaharui cukai jalan kerana pembaharuan cukai jalan atau lesen memandu boleh dilakukan dari rumah.
Semua orang takut dengan covid19. Kita tidak akan jangka dan tahu siapa orang yang menghidap covid19 yang akan menular kepada kita pula. Jadi untuk mengelakkan semua itu, kurangkan perjalanan keluar rumah jika ada cara lain untuk mendapatkannya.
Cara Memperbaharui Lesen Memandu dan Cukai Jalan Dari Rumah
Sebelum anda memperbaharui lesen memandu atau cukai jalan, anda kena membuka akaun di laman web tempat untuk memperbaharui lesen memandu atau cukai jalan. Terdapat dua laman web pilihan untuk menyelesaikan masalah berbaris panjang dan mengekang penularan covid19. Pertama laman MySikap. Layari https://public.jpj.gov.my. Memandangkan anda belum mempunyai akaun di MySikap, anda kena buka akaun terlebih dahulu dengan melengkapkan maklumat di bahagian log masuk kali pertama. Isi maklumt seperti Mykad, No. telefon bimbit, Email. Password akan dihantar melalui email yang anda daftarkan jadi pastikan anda menggunakan email yang benar.
Selepas anda mendapatkan password, login ke https://public.jpj.gov.my. Selepas berjaya login, anda kena tukar password yang diberikan dengan password sendiri dan jawab kesemua soalan keselamatan.
Selepas anda menukar password dan menjawab soalan keselamatan, bolehlah memperbaharui lesen atau cukai jalan dari rumah.
Sekiranya anda mahu memperbaharui cukai jalan, pergi ke menu Kenderaan dan pilih jenis transaksi yang anda mahu buat. Sebagai contoh memperbaharui lesen kenderaan motor. Selepas memilih lakukan pembayaran, buat pengesahan dan urusan anda selesai.
Sekiranya anda mahu memperbaharui lesen memandu melalui portal MySikap, pilih menu Lesen Memandu kemudian pilih sub menu Pembaharuan Lesen Memandu. Isikan maklumat pembaharuan lesen, buat pembayaran dan selesai.
Anda juga boleh memperbaharui cukai jalan melalui portal MyEG. Seperti biasa anda kena buka akaun jika sekiranya anda belum mempunyai akaun di MyEG.
Bagi memperbaharui lesen memandu, login ke akaun anda di MyEG https://www.myeg.com.my/. Selepas login pilih perkhidmatan JPJ. Selepas anda membuka bahagian JPG, pilih perkhdimatan yang anda perlukan kemudian ikuti langkah yang diperlukan. Sebenarnya tidak susah berurusan secara online. Lagi susah berbaris berjam-jam menunggu giliran berurusan di kaunter.
Jadi kalau memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan dari rumah, bila dapat benda tu? Tunggu dan duduk di rumah. Semua dokumen anda dihantar dari pusat dan bukan dari cawangan, dalam beberapa hari ia akan muncul di depan rumah anda. Lambat atau cepat bergantung kepada loksai anda. Biasa tempat jauh pun tak sampai seminggu.
Sekian semoga maklumat ini dapat membantu menghilangkan penat anda berbaris. Info tambahan, saya beli insuran kereta pun melalui MyEG.
Post a Comment